Bersama-sama kita jayakan pembinaan ruang solat baharu demi keselesaan jemaah dan kemakmuran rumah Allah.
Masjid Al-Mukhlisin yang terletak di Taman Jaya 6, Temerloh, Pahang semakin hari menerima kehadiran jemaah yang kian bertambah. Namun, ruang solat sedia ada tidak lagi mencukupi, sehingga ramai jemaah terpaksa bersolat di luar bangunan utama berbumbungkan kanopi sementara.
Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan, terutamanya ketika hujan, malah juga menimbulkan isu kebersihan dan keselamatan. Justeru, satu projek penambahan ruang solat terbuka di belakang masjid sedang dirancang.
Nama Projek: Penambahan Ruang Solat Masjid Al-Mukhlisin
Lokasi: Bahagian Ruang Belakang Masjid Al-Mukhlisin, Taman Jaya 6
Keluasan: 1104 kaki persegi
Kos Anggaran: RM 250,000
Dianjurkan oleh: Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Mukhlisin
Status: Dalam perancangan dan pengumpulan dana
Tarikh Mula Pembinaan: Belum dimuktamadkan
Tarikh Siap: Belum dimuktamadkan
Pelan Pandangan Hadapan, Kanan & Kiri
Pelan Lantai
Pelan Bumbung
Tapak Projek dari pintu masuk utama
Tapak Projek (Imej Satelit)
Pelan Tapak Projek
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan menggandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah: 245)
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”
(Surah Al-Baqarah: 261)
Projek ini hanya dapat direalisasikan dan dijayakan dengan sokongan dan sumbangan dari hati yang ikhlas seperti anda. Marilah kita bersama-sama menghulurkan infaq demi manfaat berpanjangan untuk umat Islam seluruhnya.
Setiap sumbangan anda, besar atau kecil, akan menjadi saham akhirat yang berterusan, insyaAllah.
Online Transfer kepada Nombor Akaun: 1100-0606-01
Tabung Fizikal di MAMTJ6